Sains merupakan pelajaran & bidang yg berkenaan dgn fakta dlm kehidupan & teknologi,,sambil mendekatkan diri dgn kehebatan & keajaiban ciptaan ALLAH S.W.T
Sains itu penting dlm kehidupan seharian....
Sains mendekatkan diri kita dgn alam semesta & ciptaan ALLAH S.W.T yg hebat lagi mengagumkan.....
Saturday, 4 June 2011
Pendidikan Alam Sekitar: Merentas Kurikulum Pendidikan
Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum.
Subscribe to:
Posts (Atom)