Sains itu penting dlm kehidupan seharian....

Sains mendekatkan diri kita dgn alam semesta & ciptaan ALLAH S.W.T yg hebat lagi mengagumkan.....

Monday, 28 November 2011

Program "EARTH HOUR" Suatu Penipuan

earthhour Earth Hour muslihat YAHUDI !

      Earth Hour mulanya adalah sebuah program kempen khas selama 60 minit yang diwujudkan bagi menyedarkan penduduk dunia tentang masalah kepanasan global yang makin meningkat. Kira-kira berpuluh negara mula menyedari kebaikan dan manfaat program ini lantas mengalakkan rakyat mereka untuk bersama dalam menjayakan program ini. {1} Malaysia mula mengikuti program Earth Hour bermula 2009 yang lalu. Namun, daripada pandangan beberapa pihak, tentunya dari kalangan pemerhati bebas dan penganalisis, mereka sedikit sebanyak merasa ragu-ragu dengan tuntutan sebenar program Earth Hour.GLOBAL WARMING SATU PENIPUAN....
craytemp tm Earth Hour muslihat YAHUDI !

  
     Ketika Al Gore {3} menerbitkan filem dokumentarinya yang bertajuk “An Inconvenient Truth” {4}, seakan-akan kita mengetahui hanya ada satu kebenaran. Manusia adalah kambing hitam dek kerana lenyapnya gumpalan-gumpalan ais di kutub, setelah berlaku peningkatan suhu bumi dan atas bencana-bencana alam yang terjadi.
Namun, tahukah anda bahawa sebahagian ilmuwan tidak mempercayai itu? Konsesi bersama itu telah mendapat counter consensus dari para ilmuwan yang berprofil tinggi. Dan sekarang saya akan menceritakan kepada anda apa yang disebut teori konspirasi pemanasan global. {5}
Pemanasan global adalah sebuah hoax (penipuan) , dakwa sesetengah golongan profesional yang berkaitan dari kubu kontra Gore. Suhu bumi sesungguhnya hanya berubah sekitar 1 darjah Fahrenheit dalam tempoh satu abad. Tambahan lagi, planet bumi ini telah mengalami ‘period zaman ais’.
Salah seorang yang berpendirian sedemikian ialah Steven Milloy yang memiliki kelulusan dalam bidang Natural Science dan Master dalam bidang Biostatistik dari Universiti of John Hopkins. Beliau ialah salah seorang juri bagi American Association for The Advancement of Science Awards selain pernah diminta oleh kongres Amerika Syarikat untuk menjadi saksi mengenai masalah-masalah berkaitan. {6}
Steve Milloy telah menawarkan sejumlah $500,000 kepada sesiapa yang boleh “membuktikan, secara saintifik, bahawa manusia adalah penyebab kepada pemanasan global yang bahaya…” {7}Milloy menegaskan bahawa pemanasan global adalah “Ibu dari segala ilmu pengetahuan sampah”. Ia merujuk kepada perubahan-perubahan suhu bumi yang terjadi secara semulajadi tanpa campur tangan manusia.
Beliau juga merujuk kepada Protokol Kyoto {7} yang dianggapnya sebagai suatu lelucon. Protokol ini bertujuan untuk mengurangi pembebasan gas karbon dunia menjadi 8% pada tahun 2012. 8% adalah tahap bagi pembebasan gas karbon dunia pada tahun 1990. Kita juga tahu, sekali lagi Amerika (ketika dibawah Presiden Bush) menjadi ‘naughty boy’ yang menolak protokol ini, dengan mendapat sokongan negara-negara Eropah.
Tentunya Amerika dan Eropah akan bersikap seperti itu kerana mereka sendiri tahu bahawa ia hanyalah sebuah dongeng global yang sengaja dimainkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sebuah kajian dari Russia (bukan Amerika) menunjukkan bahawa konsentrasi gas rumah kaca di atmosfera berada pada tahap sekitar 370 PPM (per Million) dan bila protokol Kyoto diikuti, maka hal itu hanya akan merubah 1 atau 2 PPM saja pada tahun 2012.
Dengan menggunakan data yang disediakan oleh mereka yang mempromosikan Protokol Kyoto, jika setiap negara meratifikasi protokol tersebut, temperatur global rata-rata hanya akan berkurang sekitar 0,0015 darjah centigrades. Pada tahap ini, diperlukan 667 tahun dan $100 Trillion untuk menurunkan suhu bumi sebanyak 1 darjah centrigades.
Dan satu lagi, ketika kita, manusia dianggap sebagai kambing hitam penyebab pemanasan global, EPA (Environmental Protection Agency) menganggarkan bahawa 25% pembebasan gas metana yang dilepaskan ke Atmosfera berasal dari ‘kotoran ternakan’. Kotoran ini turut menyumbang 65% nitrooksida. Akhbar The New York Times pada 27 Januari 2008 mempunyai laporan lanjut. {9}
kotoran ternak yang merusak lingkungan Earth Hour muslihat YAHUDI !


 BAHAYA PENGGUNAAN LILIN:
 wax Earth Hour muslihat YAHUDI ! 
    ramai yang membayangkan malah mungkin merancang untuk
menyalakan lilin ketika program Earth Hour ini nanti. Langkah ini sebenarnya langsung tidak efisyen. Ya, lilin
sangat romantik, sangat syahdu dalam kegelapan tapi sedarkah pembaca bahawa kebanyakan lilin diperbuat
dari hydrocarbon {13}. Pembakaran lilin pada hakikatnya hanya akan menyumbang ‘greenhouse gas’ dan
karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik yang ‘ditutup’ itu sendiri. Bayangkan ribuan, malah jutaan manusia menyalakan lilin ketika beramai-ramai merayakan simbolik ini, berapa banyak gas yang mencemarkan telah disebarkan keluar, walhal tujuan asal adalah untuk menyelamatkan bumi. SATU PENIPUAN...

  P/S: Untuk lebih maklumat...rujuk kpd sumber

            
                   <<sumber : http://pedoman101.com/konspirasi/earth-hour-muslihat-yahudi/>>

Wednesday, 9 November 2011

Kimia


Kimia merupakan cabang sains yang berkenaan dengan komposisi, struktur, dan ciri jirim, dan juga perubahan yang dialami oleh jirim tersebut apabila didedahkan kepada jirim yang lain ataupun ketika berlaku perubahan keadaan fizikal di sekeliling jirim tersebut. Kimia merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian pelbagai atommolekulhablur dan bentuk jirim lain baik diasingkan atau disebatikan, yang membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan dengan kespontanan proses kimia.
Kimia dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
  1. kimia organik
  2. kimia tak organik
  3. kimia fizik
  4. kimia analisis
  5. biokimia
  6. kimia pengkomputan
Pelbagai bahagian baru seperti neurokimia telah wujud kebelakangan ini.
Kimia moden berkembang daripada ilmu alkimia semasa revolusi kimia 1773.

   <<sumber..wikipedia..>>

Fizik


Fizik  adalah sains semula jadi; ia adalah kajian mengenai jirim[1] dan pergerakannya menerusi ruang dan masa serta semua yang datang daripada mereka ini, sebagai contoh tenaga dandaya.[2] Apabila ia dilihat secara lebih luas lagi, ia adalah suatu analisis terhadap alam semula jadi dikendalikan agar dapat memahami bagaimana dunia dan alam semesta bertindak.[3][4]
Fizik adalah salah satu daripada bidang akademik yang tertua, mungkin yang tertua menerusi kemasukannya di dalam bidang astronomi. [5]
Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Hukum fizik diluahkan sebagai persamaan matematik. Hukum ini mewakili usaha untuk mewujudkan kaitan antara data ujikaji berbeza. Kaedah saintifik pula mewakili usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari ujikaji. Terdapat fahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang kita pasti.
Ini adalah salah. Sebagai contoh hukum Newton, hukum graviti merupakan hukum (ia melambangkan perhubungan kuantitatif antara data berbeza), tetapi tiada penjelasan, jadi ia tidak dianggap teori. Bagaimanapun, teori Einstein mengenai kerelatifan am adalah teori kerana ia cuba untuk melakukan lebih dari sekadar menyesuaikan data kepada perhubungan.
Fizik berkait rapat dengan sains tulen lain, terutamanya kimia, contohnya mengenai sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya mekanik kuantumtermodinamik dan keelektromagnetan. Bagaimanapun, fenomena kimia cukup berbeza dan rumit sehinggakan kimia dianggap bidang yang berlainan.

            <<sumber..wikipedia...>>

Biologi


Biologi adalah kajian saintifik mengenai hidup. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.

Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Perkataan biologi moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur1802) dan oleh Jean-Baptiste Lamarck (Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan Biologi itu sendiri telah dikatakan dicipta pada1800 oleh Karl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 buku Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticaeGeologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada 1766. Pada masa kini, perkataan tersebut merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang tersendiri.
Kebanyakan sains biologi merupakan disiplin khusus. Botani merupakan kajian tumbuh-tumbuhan, zoologi merupakan kajian haiwan, danmikrobiologi merupakan kajian mikroorganisma. Bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma dikaji dan kaedah mengkaji mereka. Biokimia mengkaji kimia asas hidup, biologi molekul mengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks, biologi sel mengkaji benda binaan kehidupan asas, iaitu sel, manakala fisiologi merupakan kajian fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia, dan ekologi merupakan kajian hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling mereka.

     <<sumber...wikipedia....>>