Sains itu penting dlm kehidupan seharian....

Sains mendekatkan diri kita dgn alam semesta & ciptaan ALLAH S.W.T yg hebat lagi mengagumkan.....

Wednesday, 12 December 2012

Tarikh Istimewa Terakhir

Assalamualaikum pembaca blog nie~

  Jangan terkejut bila membaca tajuk diatas..post nie bukan nk ceta tarikh kematian atau sesuatu yg berkaitan dgnnya...haha ^_^

  Jika pembaca semua sedar...tarikh hari ini agk istimewa... 12/12/12..terbaik kn?? Maka ramailah yg melakukan pelbagai perkara pada hari nie..Cthnya,,kahwin..bertunang..menikah..lahirkan anak..dan mcm2 lgy lah yg boleh menjadikannya suatu memori yg indah...dan jika anda sedar juga..tarikh ini adalah tarikh terakhir yg akn menjadi seperti itu kerana kalendar masihi tidak mempunyai bulan yg ke 13...haha..

  Walaupun pada dasarnya tak ada ap2 pon pada tarikh ini..hanya sekadar nombor yg sama...Namun begitu,,ada juga dikalangan manusia yang sanggup melakukan ap2 shj demi utk mendapatkan sesuatu pada tarikh ini...ini digelar "NUMEROLOG"

   Numerolog ialah satu sifat manusia yg terlalu taksub dan percaya kepada nombor...Bagi golongan bukan muslim..ianya tidak menjadi suatu masalah kerana agama mereka tidak melarangnya...Namun, harus diingatkan kpd org Islam..Memang Islam tidak melarang kita berkahwin atau melakukan sesuatu mengikut tarikh2 seperti ini,, tetapi perlakuan ini ada baik buruknya..sifat taksub seperti ini boleh mendatangkan bahay kpd akidah umat Islam kerana ada sesetengah org menganggap tarikh2 istimewa ini boleh membawa tuah,kekayaan dan sebagainya yg jelas berrtentangan dgn ajaran Islam..perlakuan ini boleh menjadi perkara khurafat malahan boleh mengundang sehingga kpd syirik iaitu menduakan ALLAH...

   Maka berhati2 lah dlm setiap perkara yg kita lakukan...tidak ada masalah jika hendak berkahwin ataun melahirkan anak pada tarikh ini..silakan..namun berhati2..jgn terlalu taksub sehingga mempercayainya lebih drpd apa yg sepatutnya..Pada dasarnya..ia hanyalah satu deretan nombor yg kebetulan menjadi sama kerana        putaran kalendar masihi kita...

  Jadi..jika anda adalah salah seorang yg terlau mempercayainya..minta ampun lah kpd ALLAH..tiada manusia yg sempurna..setiap org melakukan kesalahan..namun manusia yg bertaubat itulah yg terbaik...

  Sia2 shj mempercayainya kerana ia juga makhluk ALLAH..ia tidak kekal..kita juga sedar..tarikh ini hanya ada sekali shj..dan slps jam 12 mlm ini..tarikh ini akn pergi begitu shj...

  Akhir kalam...semoga dpt beramal...ilmu dikongsi bersama..jaga hati~jaga iman~jaga akidah~

 Wabillahitaufiq Walhidayah..Assalamualaikum~ Science 4 All!!

Created By- Ibnu Omar 96-    Copyright Reserved

Saturday, 1 December 2012

Musytari Kembali Ke Posisi Istiqbal 3 Dis 2012 Ini





Pada 3 Disember nanti, planet Musytari kembali ke posisi yang dipanggil sebagai istiqbal. Pada ketika itu, ia berada tepat berlawanan arah dengan matahari. Ini bermakna, apabila matahari terbenam di barat , ia akan terbit di sebelah timur. Kemudian ia akan kelihatan sepanjang malam sehinggalah matahari terbit kembali.
(Foto di atas dirakam oleh saya dari ShahGazer Observatory pada bulan Julai lepas)
Rajah di bawah menunjukkan posisi planet Musytari di langit sebelah timur sekitar 2 jam selepas Maghrib.
Di dalam erti kata lain, Matahari, Bumi dan Musytari berada dalam satu garisan lurus.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Musytari di dalam orbitnya, pada tarikh 3 Dis nanti.
Fenomena ini turut dicatat dalam mySKY.
Adakah ia merupakan fenomena ganjil?
Tidak. Malah ia merupakan fenomena biasa yang akan berlaku dengan objek-objek sistem suria yang berada di alam orbit 'di luar' daripada orbit Bumi. Ini bermakna, hanya Utarid dan Zuhrah sahaja tidak berpeluang berada di dalam posisi istiqbal, manakala planet-planet lain seperti Marikh, Muystari, Zuhal, Uranus, Neptune, serta planet-planet kerdil seperti Pluto, Eris dan Ceres, kesemuanya boleh dan akan berada diposisi istiqbal pada tarikh-tarikh tertentu.
Musytari merupakan sebuah planet gergasi. Ia begitu besar sehinggakan walaupun ia berada amat jauh dari Bumi (608 JUTA km), ia tetap kelihatan begitu jelas menerusi teleskop.
Jangan risau jika anda 'terlepas' tarikh 3 Disember itu nanti. Ia bukanlah sebuah fenomena yang 'one-off'. Rupa bentuk Musytari ini tetap nampak sama walaupun selang beberapa minggu sebelum dan selepas tarikh ini. Oleh itu, janganlah pula ia dijadikan alasan bersedih dan sebagainya!
Apa yang boleh dilihat menerusi teleskop?
Jika anda berpeluang menggunakan teleskop, cuba perhatikan 2 garisan hitam yang merentasi Musytari itu. Garisan itu sebenarnya merupakan jaluran awan-awan yang berada di atmosferanya. Bergantung kepada saiz teleskop yang anda guna, anda mungkin dapat lihat variasi bentuk-bentuk awan ini, malah mungkin dapat lihat lebih daripada 2 jalur.
Selain itu, anda pasti akan dapat lihat 4 buah 'bintik' putih yang berada seolah-olah segaris, berada samada ke atas atau ke bawah Musytari. Itu ialah bulan-bulannya, Io, Europa, Ganymede dan Callisto. Walaupun Musytari mempunyai 66 buah bulan, hanya 4 ini sahaja yang bersinar dengan begitu cerah dan amat mudah dilihat menerusi teleskop.
Malah, jika anda mempunyai binokular yang mempunyai kuasa pembesaran 10 kali atau lebih, serta dapat mengekalkan tangan anda supaya tidak bergoyang-goyang, bulan-bulan ini tetap boleh dilihat, walaupun jauh lebih kelam dan berada amat hampir dengan Muystari itu sendiri.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk kembali menyaksikan kehadiran planet Musytari di langit sebelah senja ini!

sumber: http://www.falak-online.net