
Earth Hour mulanya adalah sebuah program kempen khas selama 60 minit yang diwujudkan bagi menyedarkan penduduk dunia tentang masalah kepanasan global yang makin meningkat. Kira-kira berpuluh negara mula menyedari kebaikan dan manfaat program ini lantas mengalakkan rakyat mereka untuk bersama dalam menjayakan program ini. {1} Malaysia mula mengikuti program Earth Hour bermula 2009 yang lalu. Namun, daripada pandangan beberapa pihak, tentunya dari kalangan pemerhati bebas dan penganalisis, mereka sedikit sebanyak merasa ragu-ragu dengan tuntutan sebenar program Earth Hour.GLOBAL WARMING SATU PENIPUAN....

Ketika Al Gore {3} menerbitkan filem dokumentarinya yang bertajuk “An Inconvenient Truth” {4}, seakan-akan kita mengetahui hanya ada satu kebenaran. Manusia adalah kambing hitam dek kerana lenyapnya gumpalan-gumpalan ais di kutub, setelah berlaku peningkatan suhu bumi dan atas bencana-bencana alam yang terjadi.
Namun, tahukah anda bahawa sebahagian ilmuwan tidak mempercayai itu? Konsesi bersama itu telah mendapat counter consensus dari para ilmuwan yang berprofil tinggi. Dan sekarang saya akan menceritakan kepada anda apa yang disebut teori konspirasi pemanasan global. {5}
Pemanasan global adalah sebuah hoax (penipuan) , dakwa sesetengah golongan profesional yang berkaitan dari kubu kontra Gore. Suhu bumi sesungguhnya hanya berubah sekitar 1 darjah Fahrenheit dalam tempoh satu abad. Tambahan lagi, planet bumi ini telah mengalami ‘period zaman ais’.
Salah seorang yang berpendirian sedemikian ialah Steven Milloy yang memiliki kelulusan dalam bidang Natural Science dan Master dalam bidang Biostatistik dari Universiti of John Hopkins. Beliau ialah salah seorang juri bagi American Association for The Advancement of Science Awards selain pernah diminta oleh kongres Amerika Syarikat untuk menjadi saksi mengenai masalah-masalah berkaitan. {6}
Steve Milloy telah menawarkan sejumlah $500,000 kepada sesiapa yang boleh “membuktikan, secara saintifik, bahawa manusia adalah penyebab kepada pemanasan global yang bahaya…” {7}Milloy menegaskan bahawa pemanasan global adalah “Ibu dari segala ilmu pengetahuan sampah”. Ia merujuk kepada perubahan-perubahan suhu bumi yang terjadi secara semulajadi tanpa campur tangan manusia.
Beliau juga merujuk kepada Protokol Kyoto {7} yang dianggapnya sebagai suatu lelucon. Protokol ini bertujuan untuk mengurangi pembebasan gas karbon dunia menjadi 8% pada tahun 2012. 8% adalah tahap bagi pembebasan gas karbon dunia pada tahun 1990. Kita juga tahu, sekali lagi Amerika (ketika dibawah Presiden Bush) menjadi ‘naughty boy’ yang menolak protokol ini, dengan mendapat sokongan negara-negara Eropah.
Tentunya Amerika dan Eropah akan bersikap seperti itu kerana mereka sendiri tahu bahawa ia hanyalah sebuah dongeng global yang sengaja dimainkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sebuah kajian dari Russia (bukan Amerika) menunjukkan bahawa konsentrasi gas rumah kaca di atmosfera berada pada tahap sekitar 370 PPM (per Million) dan bila protokol Kyoto diikuti, maka hal itu hanya akan merubah 1 atau 2 PPM saja pada tahun 2012.
Dengan menggunakan data yang disediakan oleh mereka yang mempromosikan Protokol Kyoto, jika setiap negara meratifikasi protokol tersebut, temperatur global rata-rata hanya akan berkurang sekitar 0,0015 darjah centigrades. Pada tahap ini, diperlukan 667 tahun dan $100 Trillion untuk menurunkan suhu bumi sebanyak 1 darjah centrigades.
Dan satu lagi, ketika kita, manusia dianggap sebagai kambing hitam penyebab pemanasan global, EPA (Environmental Protection Agency) menganggarkan bahawa 25% pembebasan gas metana yang dilepaskan ke Atmosfera berasal dari ‘kotoran ternakan’. Kotoran ini turut menyumbang 65% nitrooksida. Akhbar The New York Times pada 27 Januari 2008 mempunyai laporan lanjut. {9}
BAHAYA PENGGUNAAN LILIN:
ramai yang membayangkan malah mungkin merancang untuk
menyalakan lilin ketika program Earth Hour ini nanti. Langkah ini sebenarnya langsung tidak efisyen. Ya, lilin
sangat romantik, sangat syahdu dalam kegelapan tapi sedarkah pembaca bahawa kebanyakan lilin diperbuat
dari hydrocarbon {13}. Pembakaran lilin pada hakikatnya hanya akan menyumbang ‘greenhouse gas’ dan
karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik yang ‘ditutup’ itu sendiri. Bayangkan ribuan, malah jutaan manusia menyalakan lilin ketika beramai-ramai merayakan simbolik ini, berapa banyak gas yang mencemarkan telah disebarkan keluar, walhal tujuan asal adalah untuk menyelamatkan bumi. SATU PENIPUAN...
P/S: Untuk lebih maklumat...rujuk kpd sumber
<<sumber : http://pedoman101.com/konspirasi/earth-hour-muslihat-yahudi/>>

majalah sains yg bagus : knowledge.padat.
ReplyDeletethanks,,
ReplyDelete